Tuesday, 24 April 2018

INFO KESIHATAN



BAGAIMANA MEMILIH SUPLEMEN YANG TERBAIK



Pada masa kini terdapat beribu-ribu makanan tambahan (supplement) yang dijual di farmasi atau di kedai-kedai. Tidak menjadi persoalan apakah makanan tambahan yang terbaik untuk diambil, tetapi untuk mengetahui bagaimana mengenal pasti produk yang selamat dan berkesan. Anda boleh lihat pelbagai paras harga yang ditawarkan. Daripada yang terlalu rendah, sederhana, mahal dan terlalu mahal. Bukan pada harga yang perlu dilihat, tetapi pada apa yang ditawarkan. Jom tengok!


Label Kandungan Nutrien Baca label dengan teliti untuk melihat apa bentuk nutrien digunakan. Ini disenaraikan dalam kurungan selepas nama nutrien.Bagi sesetengah nutrien, tidak ada bentuk khas untuk mencari. Apa-apa jenis Vitamin C, sebagai contoh, sintetik atau asli, boleh diterima.







Monday, 23 April 2018

KEMANDULAN


-

Zuriat adalah idaman bagi semua pasangan yang sudah berkahwin dan ia dianggap sebagai kurniaan paling berharga yang mampu menjadi penyeri kepada sesebuah keluarga. Namun begitu, bukanlah semua orang beruntung di mana, selepas sahaja setahun berkahwin sudah pun dikurniakan cahaya mata.

Menurut kajian, dianggarkan kira-kira satu dalam tujuh pasangan mengalami kesukaran untuk hamil…. biarpun telah melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan selama lebih 12 bulan. Apakah faktor yang mempengaruhi kesuburan seseorang?
Untuk pengetahuan semua, “kemandulan” iaitu sejenis kondisi yang menghalang kesuburan dan kehamilan seseorang lebih kerap menyerang kaum wanita iaitu 45 peratus berbanding lelaki, 33 peratus.
Sebab-Sebab Kemandulan Wanita
-Endometriosis
Berlaku apabila endomentrium iaitu lapisan rahim merangkumi ovum yang tidak disenyawakan itu tumbuh di luar rahim lalu menjadi endometriosis… Ini akan menyebabkan saluran sekitar rahim dan ovari tersumbat lalu menyebabkan masalah berkaitan ovulasi.
Simptom: Senggugut teruk, kesakitan ketika seks, sakit teruk bahagian pelvis, sakit ketika buang air semasa datang haid, dll.

-Masalah Ovulasi
Apabila hormon menghalang sekaligus membantutkan kematangan telur (ovum).
Simpton: Tidak datang haid langsung, haid datang tetapi tidak menentu disertai pendarahan yang terlalu banyak atau kadang-kala terlalu sedikit secara tidak normal.
-Kualiti Telur Rendah
Berlaku apabila telur yang dihasilkan rosak dan mempunyai ketidaknormalan kromosom di mana, telur tidak mampu bertahan lama untuk capai tempoh kehamilan sembilan bulan (gugur). Kes ini berlaku terhadap wanita yang sudah berumur iaitu lewat 30an hingga awal 40an. Waktu usia begini, telur yang dihasilkan sudah tidak berkualiti berbanding wanita berusia muda.
Simptom: Sukar hamil dan keguguran tanpa sebab munasabah.
-Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)
PCOS disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon lalu mengganggu ovulasi (proses penghasilan telur).
Simpton: Haid tidak tetap, penumbuhan bulu dan jerawat secara berlebihan disekitar tubuh serta peningkatan berat badan yang tidak terkawal.
-Tiub Fallopio Tersumbat & Rosak
Tiub fallopio yang tersumbat atau rosak akan halang telur untuk sampai ke uterus dan dalam masa yang sama turut menghalang sperma daripada menghampiri telur. Penyebab utamanya termasuk penyakit keradangan pelvis, penyakit kelamin seperti chlamydia, dan kesan daripada pembedahan pemandulan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sebab-Sebab Kemandulan Lelaki
-Masalah Enjakulasi
Sebaik sperma dihasilkan di dalam buah zakar (testicle), ia akan berjalan menerusi salarun yang dipanggil vas deferens.
Jika saluran utama itu tersumbat, kebarangkalian untuk sperma keluar bagi disenyawakan (enjakulasi) adalah tipis. Lebih parah, penyakit kelamin seperti chlamydia atau gonorrhoea, kecederaan pada buah zakar serta kecacatan juga mampu menyebabkan saluran zakart tersumbat.
Apabila si lelaki menghasilkan sperma yang kurang daripada kadar sepatutnya, sperma tidak aktif (mengalami masalah untuk bergerak dan disenyawakan) serta sperma yang terhasil berada dalam keadaan tidak sempurna (berbentuk abnormal). Dalam pada itu, varikokel iaitu gejala bengkak pembuluh darah pada buah zakar juga boleh menjadi punca saluran sperma tersumbat.
Langkah Pencegahan
Jika kamu adalah seorang wanita dan mahu lekas hamil, pastikan anda mengubah cara dann gaya hidup pada kadar segera dengan:-
  • Kekalkan berat badan ideal (jangan terlalu gemuk dan jangan terlalu kurus)
  • Berhenti merokok
  • Elak mengambil sebarang minuman beralkohol
  • Kurangkan tekanan diri
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Dalam pada itu, adalah amat mustahak untuk pasangan yang baru berkahwin terus mendapatkan anak. Dinasihatkan supaya pasangan tidak perlu merancang kehamilan pertama kerana jika ditunda dan apabila umur semakin meningkat, tahap kesuburan sudah semakin lemah baik lelaki mahupun wanita.
Selamat beramal!

KENCING MANIS


Hasil carian imej untuk kencing manisHasil carian imej untuk kencing manis

13 Punca Utama Anda Boleh Dapat Kencing Manis
1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi
Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.
2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium. 
3. Tidak beraktivivti
Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis. 
4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan. 
5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)
Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.
6. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes
7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi
Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.
8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan
Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis
9. Tidak mengambil supplemen
Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.
10. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis
11. Sejarah keluarga
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula
12. Umur
Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.
13. Kerintangan insulin
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.
Kesimpulannya, hidup dengan cara hidup yang sihat. Life is too short to waste time in this suffer diasease.



SAKIT MENTAL


Imej yang berkaitan

Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:-
  • Neurosis § Psikosis
  • Penyakit mental organik seperti nyanyuk
  • Gangguan personaliti
  • Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif
  • Ketagihan dadah dan alcohol
  • Percubaan membunuh diri

Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.
  1. Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:-
    • Kaunseling
    • Psikoterapi
    • Tingkah laku
  2. Rawatan Sosial

Rawatan Fizikal

Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.
Rawatan Psikologi

Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.
Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:
  1. Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit.
  2. Aspek pengambilan ubat
  3. Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
  4. Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.

PSIKOTERAPI 
Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.
Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-
  1. Psikoterapi dinamik
  2. Psikoterapi kognitif
  3. Psikoanalitik psikoterapi

Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.
Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.
Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.
Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.
Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir serupa.
Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.
Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower.
TERAPI TINGKAHLAKU

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.
Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.
Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu.
Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.
Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.
SOSIAL – Latihan Asertif
Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.
Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.
KOMUNITI
Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.
Rawatan Sosial
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.
Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif
Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak.
Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

KANSER



10 PUNCA BERLAKU KANSER


Penyakit kanser merupakan antara penyakit kronik yang paling digeruni didalam dunia perubatan. Dan penyakit ini juga adalah antara yang sering disebut-sebut oleh para doktor.

Berbicara mengenai kanser, ramai orang perlu tahu bahawa penyakit kanser ini merupakan penyakit yang sangat unik kerana punca utama berlakunya penyakit ini masih belum diketahui secara tepat oleh sains.

Setiap jenis penyakit kanser mempunyai etiology ataupun punca yang berbeza dan tidak semua pesakit kanser mempunyai punca yang sama.


Di sini saya akan senaraikan punca-punca utama berlakunya kanser supaya kita sama-sama boleh mengambil manfaat dan mengelakkannya pada masa hadapan

[1] MEROKOK. Merokok memang telah disahkan atara punca UTAMA yang mengakibatkan banyak kanser seperti kanser paru-paru,tekak dan esophagus. 85% pesakit kanser paru-paru adalah merek yang merokok. Mereka yang tinggal bersama perokok juga mempunyai 20% risiko mendapat kanser paru-paru.


[2] DIET. Diet yang mengandungi banyak garam, lemak, makanan segera, makanan bakar dan kurang serat dan kurang buah-buahan juga antara penyebab berlakunya kanser perut dan usus. Meminum alkohol dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kanser hati.


[3] GENETIK. Terdapat juga beberapa kanser berlaku disebabkan oleh keturunan. Kanser payudara dan kanser usus antara yang paling banyak berlaku didalam keturunan.Jika ada diantara ahli keluarga anda menghidap kanser ini, lakukan pemeriksaan lanjut.


[4] JANGKITAN KUMAN. Jangkitan kuman juga boleh mengakibatkan kanser seperti Human Papilloma Virus (Kanser servik), HIV(Kaposi Sarcoma), Hepatitis B and C Virus (Kanser Hati), Epstein Barr Virus (Lymphoma) dan sebagainya.

[5] RADIASI. Radiasi juga dikatakan antara penyebab boleh berlakunya kanser. Sumber radiasi seperti X-Ray, Nuklear boleh mengakibatkan kanser darah seperti Leukemia jika terdedah dalam jangka masa yang lama. Kesan daripada sinaran matahari yang lama juga dikaitkan dengan kanser melanoma dan basal cell carcinoma (Kanser Kulit)


[6] UMUR. Kanser kebiasaannya berlaku ketika usia 60tahun keatas. Walau tidak dinafikan ada juga kanser yang berlaku kepada kanak-kanak seperti Lymphoma dan leukemia (Kanser Darah) dan juga kanseryang berlaku di usia pertengahan (30-50 tahun) seperti kanser payudara dan kanser testis.

[7] IMMUNE RENDAH (Immunosuppression). Pesakit-pesakit yang mengambil ubat untuk merendahkan immune mereka lebih senang untuk mendapat risiko kanser. Pesakit selepas organ transplantation yang mengambil immunosuppression drug lebih terdedah kepada Non Hodgkin Lymphoma dan kanser paru-paru.

[8] UBAT PENCEGAH KEHAMILAN yang mengandungi hormone progesterone dan estrogen (Oral Contraceptive Pills) dikaitkan dengan penyebab berlakunya kanser payudara, servik dan hati dalam kalangan wanita yang mengambilnya dalam tempoh masa yang panjang.


[9] PERSEKITARAN. Bekerja di kilang-kilang yang mengandungi kimia-kimia yang berbahaya seperti asbestos, benzene , diesel juga boleh mengakibatkan kanser.

[10] Penyakit radang yang kronik seperti gastrik (Peptic Ulcer), Crohn Disease dan Ulcerative Colitis juga boleh membentuk kanser jika tidak dirawat. Refkluks Esophagus juga boleh membentuk kanser pada esophagus jika berlarutan. Penyakit Bilharziasis kronik (di Mesir) juga dkaitkan dengan kanser bladder (Pundi kencing).

Kesemua punca-punca berlakunya kanser yang disenaraikan disini hanyalah sebagai risiko sahaja yang boleh membentuk kanser.

Secara tepatnya, semua manusia boleh membentuk kanser walaupun tidak mempunyai risiko-risiko diatas.

Walaubagaimanapun, dengan mengetahui punca-punca ini, kita dapat mengurangkan risiko mendapat kanser di masa hadapan.

Banyak lagi punca berlakunya kanser yang telah dicadangkan oleh para pengkaji dan kesemua punca-punca tersebut masih sedang dikaji untuk mencari punca sebenar kanser. Ada sesetengah penulis menulis bahawa hampir mustahil untuk para pengkaji menjumpai sebab utama berlakunya kanser dengan tepat.

*artikel ini hanyalah sebagai informasi ringkas, sebarang kesilapan fakta amat dikesali.

SAWAN


Hasil carian imej untuk GAMBAR PENYAKIT SAWAN

Simptom Dan Punca Punca Berlaku Penyakit Epilepsi (Sawan)

Di antara pelbagai penyakit yang menjadi igauan buruk bagi banyak orang, epilepsi adalah salah satunya. Epliepsi mempunyai banyak kesan dari segi sosio-ekonomi, antara lain timbulnya rasa malu dalam pergaulan, hilangnya izin memandu, kesulitan melakukan pekerjaan dan sebagainya. Selain itu, epilepsi boleh terjadi pada siapa saja di seluruh dunia tanpa batasan usia, jantina, RAS sosial dan ekonomi.

Simtomp Atau Tanda Tanda Epilepsi (Sawan)

Sawan berulang kali adalah gejala utama epilepsi. Ciri-ciri sawan akan berbeza-beza dan bergantung kepada bahagian yang terjejas otak pertama kali dan berapa banyak gangguan berlaku. Berdasarkan gangguan otak, jenis penyitaan epilepsi dibahagikan kepada dua iaitu separa dan umum.

sawan separa 

Dalam sawan separa, Gangguan otak hanya beberapa sawan separa dibahagikan kepada dua kategori: sawan separa mudah (tanpa kehilangan kesedaran) dan sawan separa kompleks.

Sawan separa ringan atau mudah dicirikan oleh kehilangan kesedaran pesakit apabila sawan berlaku. Gejala boleh termasuk anggota badan jerking, atau menimbulkan sensasi kesemutan, pening, dan memancarkan cahaya.

Bahagian badan yang mempunyai sawan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas. Sebagai contoh, jika epilepsi mengganggu fungsi otak yang mengawal pergerakan tangan atau kaki, maka kedua-dua anggota badan yang akan mempunyai sawan. di samping itu, sawan separa juga boleh membuat orang mengubah emosi, seperti rasa teruja atau takut tiba-tiba.

Kadang-kadang, sawan tumpuan menjejaskan kesedaran pesakit supaya dia kelihatan seperti keliru atau separuh sedar untuk beberapa ketika. Ini dipanggil penyitaan separa kompleks. Ciri-ciri sawan separa kompleks yang lain adalah secara tdk menunjukkan perasaan, menelan, mengunyah, atau menggosok beliau tangan.

Sawan umum

Dalam sawan teritlak atau umum, gejala-gejala berlaku di seluruh badan dan disebabkan oleh gangguan yang melibatkan seluruh otak. Berikut adalah gejala-gejala yang boleh berlaku apabila seseorang membangunkan sawan umum:
  • Mata terbuka ketika sawan.
  • Sawan tonik. Badan menjadi tegar untuk beberapa saat. Ini boleh diikuti oleh pergerakan berirama tangan dan kaki atau tidak sama sekali. Otot-otot dalam badan, terutamanya tangan, kaki, dan belakang bergerak-gerak.
  • Sawan atonik. Badan Berotot tiba-tiba santai supaya pesakit jatuh di luar kawalan.
  • Sawan klonik. Pergerakan jerking berirama yang biasanya memberi kesan kepada otot leher, muka dan lengan.
  • Pesakit dengan epilepsi kadang-kadang bunyi atau menjerit sebagai sawan.
  • Kencing malam.
  • Kesukaran bernafas untuk beberapa ketika sehingga tubuh yang kelihatan pucat atau biru.
  • Dalam kebanyakan kes, sawan membuat menyeluruh pesakit sepenuhnya tidak sedarkan diri.
  • Apabila sedar, pesakit kelihatan hairan untuk beberapa minit atau bilangan jam.
Terdapat jenis epilepsi yang biasanya dilihat pada kanak-kanak, yang dikenali sebagai epilepsi absenceatau petit mal. Walaupun keadaan ini tidak berbahaya, tetapi tumpuan dan prestasi akademik kanak-kanak boleh terganggu. Ciri-ciri epilepsi ini adalah kehilangan kesedaran untuk beberapa saat, berkelip atau bergerak bibirnya, dan merenung kosong. Kanak-kanak yang mengalami kekejangan ini tidak akan melihat atau ingat apa yang berlaku apabila mereka mengalmi kekejangan.

Punca Punca Epilepsi (Sawan)

Epilepsi atau juga dipanggil sawan terbahagi kepada dua jenis, iaitu idiopathic dan simtomathic. Epilepsi idiopatik (juga dikenali sebagai epilepsi utama) adalah sejenis penyakit sawan yang sebabnya tidak diketahui. Walaupun tidak syak bahawa keadaan ini dikaitkan dengan genetik yang diwarisi dalam keluarga, penyelidikan yang sedia ada sehingga kini tidak mampu untuk membuktikannya. Kebanyakan kes epilepsi yang berlaku di dunia hari ini menandatangani satu kumpulan epilepsi idiopatik.

Berbeza dengan epilepsi idiopathic, epilepsi gejala adalah sejenis epilepsi sebabnya boleh diketahui diketahui. Beberapa keadaan yang boleh menyebabkan epilepsi gejala termasuk:
  • Kecederaan kepala yang teruk
  • Barah otak
  • penyakit serebrovaskular (contohnya stroke)
  • Penyakit berjangkit dalam otak (contohnya, meningitis dan encephalitis)
  • Pertumbuhan di beberapa bahagian otak yang tidak berjalan dengan baik
  • Kekurangan oksigen ketika lahir (seperti tali pusat tercekik)
  • Gula dalam darah atau natrium yang tidak normal
  • Ketagihan alkohol
  • Penyalahgunaan ubat.

Perkara-perkara yang boleh mencetuskan sawan

Jika anda seorang pesakit mengalmi epilepsi, ia membantu untuk mengenal pasti perkara-perkara yang boleh mencetuskan sawan supaya anda boleh mencegah atau jangkaan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh mencetuskan sawan, di antaranya:
  • Bosan daripada kekurangan tidur
  • Tekanan
  • Tidak mengambil ubat anti-epileptik kerap
  • Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu prestasi ubat anti-epileptik
  • penggunaan alkohol yang berlebihan
  • Penggunaan ubat yang tidak dibenarkan
  • Haid , apabila otak yang terjejas oleh perubahan hormon pada masa ini
  • Lampu berkelip atau silau (sumber:alodokter)

Penafian: sebarang kandungan kesihatan yang terkandung dalam blog ini adalah sebagai maklumat sahaja dan tidak menggantikan nasihat atau pendapat ahli kesihatan. Untuk memastikan ketepatan maklumat ini, sila berunding dengan profesional penjagaan kesihatan anda. Apa-apa akibat menggunakan artikel ini adalah di luar tanggungjawab pemilik blog

PENYAKIT JANTUNG



PUNCA Penyakit Jantung

Hasil carian imej untuk penyakit jantung koronari



Punca utama penyakit jantung koroner adalah penimbunan lemak dalam arteri (arteroma) dalam arteri atau istilah medisnya disebut dengan aterosklerosis. Arteroma terdiri dari kolesterol dan bahan buangan lain. Selain dapat mengurangi suplai darah ke jantung, aterosklerosis juga dapat memicu terbentuknya trombosis atau penggumpalan darah. Pengumpalan darah ini memblokir suplai darah ke jantung sehingga risiko menderita serangan jantung lebih tinggi. Ada beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, yaitu:

Kebiasaan Merokok

Perokok memiliki risiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit jantung. Karbon monoksida dalam asap rokok dan kandungan nikotin pada rokok dapat meningkatkan risiko munculnya gumpalan darah serta memacu jantung untuk bekerja lebih cepat sehingga membebani jantung. Senyawa kimia lain dari asap rokok juga dapat merusak dinding arteri jantung yang akan memicu terjadinya penyempitan. Perokok mempunyai risiko 24 persen lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung dibandingkan mereka yang tidak merokok sama sekali.

Pola Hidup yang Buruk

Risiko penyakit jantung juga dapat meningkat akibat pola hidup yang tidak sehat. Misalnya kurang berolahraga, sering mengonsumsi makanan berlemak, dan jarang mengonsumsi buah-buahan serta sayur-sayuran.

Kadar Kolesterol yang Tinggi

Kolesterol terbagi dalam dua jenis, yaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Kolesterol jahat mudah menggumpal dan menempel pada dinding pembuluh darah. Karena itu, kadar LDL yang tinggi dapat membentuk plak yang menyebabkan aterosklerosis. Kadar LDL yang normal dalam darah adalah di bawah 3 mmol/L atau 115 mg/dl untuk orang dewasa serta 2 mmol/L atau 77mg/dl untuk orang yang memiliki risiko tinggi.

Hipertensi

Anda akan dianggap mengidap hipertensi atau tekanan darah tinggi jika tekanan darah Anda di atas 140/90 mmHg. Sedangkan tekanan darah rata-rata yang normal adalah 120/80 mm Hg. Tekanan darah yang tinggi berarti jantung bekerja lebih keras sehingga jantung dan pembuluh darah akan lebih terbebani. Salah satu faktor pemicu hipertensi adalah konsumsi makanan dengan kadar garam yang tinggi.

Penyakit Diabetes

Diabetes dapat menyebabkan penebalan pada dinding pembuluh darah sehingga berpotensi menghambat aliran darah. Karena itu, penderita diabetes memiliki risiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit jantung.
Kelebihan Berat Badan
Orang yang kelebihan berat badan atau mengalami obesitas berpotensi mengidap tekanan darah tinggi, cenderung memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi, serta lebih berisiko terkena diabetes tipe 2. Karena itu, mereka juga memiliki risiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit jantung.

Faktor Usia

Makin tua usia seseorang, makin tinggi risikonya untuk mengidap penyakit jantung. Hal ini dikarenakan pembuluh darah, terutama arteri akan cenderung lebih kaku dan kehilangan daya elastisnya seiring bertambahnya usia.
Jenis Kelamin
Secara umum, penyakit jantung koroner lebih banyak menyerang pria dibandingkan wanita. Namun, di atas usia 50 tahun, pria maupun wanita memiliki risiko yang sama untuk terkena penyakit ini.

Riwayat Kesehatan Keluarga

Jika memiliki keluarga inti seperti ayah, ibu, adik, atau kakak yang mengidap penyakit jantung, risiko Anda untuk terkena penyakit jantung akan lebih tinggi dibandingkan orang yang tidak memiliki riwayat penyakit jantung dalam keluarganya.